Selamat Datang!

Thursday, July 17, 2008

KALAU NAK CEPAT

http://www.impianwarisan.com

SEJAK dulu lagi tak henti-henti saya menyeru mengatakan bahawa MLM adalah sama saja dengan perniagaan lain. Ia memakan masa untuk dibina. Misi anda ialah membina dan ia memerlukan kesabaran kerana tidak ada yang segera dalam pembinaan.Yang nak cepat, yang tidak sabar, sebagaimana biasa akan terkeluar dari perniagaan.Dan sejak dulu lagi saya perhatikan ramai yang tidak sabar, nak cepat, nak kaya cepat di dalam MLM. Sebab itulah anda tak perlu hairan bila melihat lebih ramai yang kecewa,yang gagal di dalam industri ini, kerana memang tidak ada yang cepat di dalam MLM.Baru-baru ini saya bertemu beberapa rakan-rakan jutawan yang memperolehi kekayaan hasil dari mengusahakan MLM. Kemudian saya bandingkan dengan usahawan-usahawan perniagaan lain.

Memang benar, ada persamaan. Kebanyakan mereka yang bergelar jutawan itu mengusahakan MLM sudah melebihi 10 tahun. Mereka membina asas yang kukuh, setingkat demi setingkat.Pengakhiran sama penting dengan permulaan. Jangan mulakan MLM dengan harapan untuk mendapat kekayaan, kejayaan segera. Pasti anda tidak akan menemuinya.


Sumber dari : RAZZI ARMANSUR

http://www.impianwarisan.com

Sunday, July 13, 2008

JANGAN ANGGAP DIRI KERDIL

http://www.impianwarisan.com

APA yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya, jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza. Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang.
Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihanini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada kegagalan.
Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam saya akan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang menjadi idaman.
Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja!

http://www.impianwarisan.com

Thursday, July 10, 2008

GABUNGAN BARU DAN KLASIK

http://www.impianwarisan.com

BILA baru dan klasik digabungkan ia menghasilkan kombinasi yang mantap dan memberi faedah maksimum. Itulah yang terjadi kepada gabungan buku baru SENTUHAN EMAS, karya Pengarah Urusan DESQUERA, Idris Mohd Said, digabungkan dengan buku klasik MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM oleh Razzi Armansur. Gabungan yang lama dinantikan ini akhirnya selamat dilancarkan pada pertengahan bulan Februari 2005. Dalam masa yang agak singkat kedua-dua buku ini telah hampir kehabisan stok iaitu :

SENTUHAN EMAS: Apa yang anda anganangankan selama ini, keinginan anda memiliki sentuhan emas -- apa saja yang disentuh menjadi emas, mendatangkan kejayaan gemilang, dijelaskan dengan tepat cara dan panduannya di dalam buku hebat ini!

MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM: Tidak perlu sebarang ulasan untuk buku klasik ini. Sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1993, buku ini telah puluhan kali diulang cetak. Telah disahkan, inilah juga satu-satunya buku perniagaan yang paling banyak dicetak rompak!

Sumber dari : Razzi Armansur

http://www.impianwarisan.com

Sunday, July 6, 2008

FAEDAH DARI BEKAS AIR BOCOR

http://www.impianwarisan.com

Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untukmenampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai, buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia menyedari sesuatu.
Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong.

MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang tersembunyi.

MUTIARA KATA :

Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali Karamullah]

Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda [Kata Bijaksana]

http://www.impianwarisan.com

Thursday, July 3, 2008

DESQUERA TERUS MEMASARKAN ILMU

http://www.impianwarisan.com

SELANGKAH atau beberapa langkah di hadapan. DESQUERA sekali lagi menjadi syarikat MLM pertama di Malaysia yang menjadikan ilmu sebagai produk utama.Walaupun langkah ini mendapat kritikan, namun hasilnya amat menakjubkan. DESQUERA telah pun memasarkan buku SENTUHAN EMAS dan MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM dengan jayanya. DESQUERA percaya, ilmu sememangnya boleh dijadikan produk utama dan berazam untuk menerbitkan puluhan judul buku lagi dalam masa terdekat.

SUASANA DI HQ SETIAP HARI

SETIAP hari terutamanya pada sebelah malam, ibu pejabat DESQUERA sentiasa sibuk. Usahawan DESQUERA datang ke sini sama ada hendak bermesyuarat, memesan produk, menyemak pencapaian bonus, membuat perancangan dan sebagainya. Suasana meriah begitu sukar untuk dilihat pada syarikat-syarikat MLM yangbaru saja beroperasi. Mereka yang datang terdiri dari berbagai lapisan. Ada yang baru saja mengenali MLM dan ada yang telah sekian lama berkecimpung di dalam MLM.

http://www.impianwarisan.com

Saturday, June 28, 2008

BUKAN KOPI BIASA

http://www.impianwarisan.com

TIDAK pasti kopi manakah yang akan dibeli kerana ada berbagai-bagai adunan kopi di pasaran?Sesuaikah ia untuk anda? Apa kandungannya? Yang penting, apa khasiatnya?Memperkenalkan Kopi Guarana keluaran DESQUERA. Bukan sekadar kopi biasa. Rasanya memikat penggemar kopi; bukan penggemar pula terpikat dengan rasa, aroma yang begitu harum menyegarkan! Khasiatnya? Kopi ini mengandungi khasiat Guarana, buah yang berkurun tumbuh liar di Amazon. Banyak khasiat khusus dalam kopi ini. Jadi, anda bukan sahaja mendapat kopi yang sedap, enak, menyegarkan dalam aroma yang menggiurkan bahkan anda meminum kopi berkhasiat tinggi. Tepatlah -- bukan kopi biasa. Secara tiba-tiba, Kopi Guarana ini mendapat sambutan yang begitu mendadak. Tentu ada sebab mengapa kopi ini kini menjadi sebut-sebutan.

MEMPERKENALKAN produk ini adalah mudah kerana rata-rata penduduk Malaysia adalah penggemar kopi. Bawa sekotak Kopi Guarana ke mana sahaja, terutamanya bila minum di kedai kopi. Minta hanya air panas dan bancuhlah kopi Guarana di hadapan rakan-rakan.Letakkan kotak di atas meja.Aroma dari Kopi Guarana tersebut menimbulkan tanda tanya. Jangan lupa juga memperkenalkan Kopi Guarana kepada pekedai di tempat anda minum itu.

Antara khasiat Kopi Guarana:
>> Menyegarkan
>> Menambah Tenaga
>> Mempercepatkan Proses Berfikir
>> Menahan Selera
>> Mengindarkan Kelesuan

http://www.impianwarisan.com

Saturday, June 21, 2008

BUAT ? BUAT APA?

http://www.impianwarisan.com

SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, “Buat apa sekarang?”atau “Masih buat X?” Pertanyaan itu seolah-olah mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah, atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula terdengar pertanyaan, “Masih jadi doktor?” atau “Doktor apa sekarang? Doktor ayam?”

Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, “Masih buat syarikat X?” atau “Masih buat MLM?” Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa? Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara? Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil?

Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain sarkis. Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan ‘pemain sarkis’.


SUMBER >> RAZZI ARMANSUR


http://www.impianwarisan.com