http://www.impianwarisan.com
SEBELUM menanam benih ke dalam tanah, banyak sekali persiapan yang perlu diambil serius seperti memastikan kesesuaian tanah, biji benih yang elok, masa yang sesuai dan sebagainya. Sesudah biji benih dimasukkan ke dalam tanah, ia perlu diberi perhatian yang lebih serius. Ia perlu disiram dengan sukatan air dan masa yang tepat. Terlebih atau terkurang air boleh menyebabkan anak benih tersebut tidak bertunas atau jika telah bertunas ia boleh mati.
Hari demi hari, pejam celik, tunas tadi tumbuh berkat kesungguhan menjaganya. Kini, anak pokok tersebut telah berusia setahun dan telah pun melalui masa-masa kritikal. Namun masa kritikal berterusan, tidak selesai di situ sahaja. Dari setahun hendak mengekalkan hayatnya hingga 2 tahun, 3 tahun, 4, 5. Hendak dipertingkatkan penjagaannya hingga anak pokok itu menjadi pokok berakar umbi yang kukuh dan akhirnya dapat mengeluarkan hasil yang ditunggutunggu.
Perumpamaan itu saya ibaratkan DESQUERA.Pejam celik, DESQUERA sudah nak masuk ke tahun
ke 2. Masa-masa kritikal sudah hampir ditinggalkan, memasuki fasa penjagaan serius.Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri -- bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10 tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan. Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih.
Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkan” DESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya.Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu
hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.
Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD
http://www.impianwarisan.com
Friday, May 23, 2008
ANAK POKOK DAH TUMBUH…
Labels:
hasil lumayan,
kerja sama,
modal tekun,
mydesquera,
perniagaan,
pinjaman perniagaan,
tekun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment