Selamat Datang!

Monday, May 5, 2008

DUNIA DESQUERA

DUNIA MLM di Malaysia nampaknya kini semakin berwarna-warni, semakin mantap dengan kemunculan DESQUERA sejak Januari 2002. Sejak kelahirannya, syarikat MLM yang “muda”ini sudah mampu bersaing seiringan dengan syarikat syarikat MLM yang sudah “dewasa.”

DESQUERA bukan hendak bertanding sebaliknya hanya ingin berkongsi pasaran industri jualan langsung yang begitu pesat berkembang di Malaysia. DESQUERA juga berhasrat untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.Sebagaimana lazimnya, industri yang maju dan pesat pasti agak sengit persaingannya. DESQUERA berhasrat meletakkan diri untuk turut sama bersaing secara sihat di dalam industri MLM ini. DESQUERA percaya dalam masa terdekat ini akan berada sebaris dengan syarikat syarikat MLM yang terawal.Melalui pengalaman peneraju-peneraju DESQUERA, kini syarikat MLM “muda, bertenaga, kreatif” ini sudah bersedia untuk turut sama mencorakkan industri MLM di Malaysia, Nusantara dan dunia.
MUTIARA KATA:
Kualiti adalah seperti masa.
Ia percuma dan akan kekal percuma.
Tetapi begitulah selalunya, sesuatu yang percuma memang kurang atau tidak dihargai.

No comments: