http://www.impianwarisan.com
DALAM setiap ceramah saya, akan saya memperingatkan diri saya sendiri dan usahawan usahawan DESQUERA supaya bekerja rapat antara penaja dengan tajaan. Penaja dan tajaan adalah ibarat rakan kongsi yang menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Perlu diingat, banyak perniagaan yang maju dengan berkat kerjasama rakan kongsi. Jangan juga lupa, begitu banyak perniagaan yang berkecai kerana rakan kongsi. Memang, perkongsian ada kebaikan dan keburukan. Kita cari kebaikannya dan sentiasa berwaspada dengan keburukan yang ada bersama kebaikan.
Dengan itu jangan sekali-kali menganggap penaja dan tajaan sebagai “orang bawah, orang atas”. Anggap sebagai rakan kongsi yang bersama sama mencorakkan perniagaan, bekerjasama untuk kejayaan bersama. Selain dari itu, amat penting sekali perasaan saling hormat menghormati untuk mengekalkan keharmonian usahasama rakan kongsi tersebut. Kata bijaksana, “Dua kepala lebih baik dari satu.” Kata-kata ini benar jika ditambah, “hanya jika harmoni.” Tanpa keharmonian tak akan rakan kongsi dapat bekerja rapat sebaliknya boleh mencipta suasana permusuhan.
Dengan harmoni, barulah dapat bekerjasama, bekerja dengan rapat, saling bantu-membantu yang akhirnya menghasilkan kejayaan yang berpanjangan. Bukankah itu tujuan anda menyertai DESQUERA?Saling memerlukan, itulah sebenarnya rahsia untuk harmoni, kerjasama dan kejayaan. Ada perasaan memerlukan kehadiran rakan kongsi anda untuk sama-sama membina kejayaan bersama DESQUERA. Tidak ada kejayaan individu di dunia ini. Anda sentiasa memerlukan manusia lain untuk menjana kejayaan. Anda perlu bekerja rapat dengan rakan kongsi anda.
Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD
http://www.impianwarisan.com
Wednesday, June 11, 2008
BEKERJA RAPAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment