Selamat Datang!

Sunday, July 13, 2008

JANGAN ANGGAP DIRI KERDIL

http://www.impianwarisan.com

APA yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya, jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza. Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang.
Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihanini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada kegagalan.
Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam saya akan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang menjadi idaman.
Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja!

http://www.impianwarisan.com

No comments: