Selamat Datang!

Thursday, July 17, 2008

KALAU NAK CEPAT

http://www.impianwarisan.com

SEJAK dulu lagi tak henti-henti saya menyeru mengatakan bahawa MLM adalah sama saja dengan perniagaan lain. Ia memakan masa untuk dibina. Misi anda ialah membina dan ia memerlukan kesabaran kerana tidak ada yang segera dalam pembinaan.Yang nak cepat, yang tidak sabar, sebagaimana biasa akan terkeluar dari perniagaan.Dan sejak dulu lagi saya perhatikan ramai yang tidak sabar, nak cepat, nak kaya cepat di dalam MLM. Sebab itulah anda tak perlu hairan bila melihat lebih ramai yang kecewa,yang gagal di dalam industri ini, kerana memang tidak ada yang cepat di dalam MLM.Baru-baru ini saya bertemu beberapa rakan-rakan jutawan yang memperolehi kekayaan hasil dari mengusahakan MLM. Kemudian saya bandingkan dengan usahawan-usahawan perniagaan lain.

Memang benar, ada persamaan. Kebanyakan mereka yang bergelar jutawan itu mengusahakan MLM sudah melebihi 10 tahun. Mereka membina asas yang kukuh, setingkat demi setingkat.Pengakhiran sama penting dengan permulaan. Jangan mulakan MLM dengan harapan untuk mendapat kekayaan, kejayaan segera. Pasti anda tidak akan menemuinya.


Sumber dari : RAZZI ARMANSUR

http://www.impianwarisan.com

No comments: