Selamat Datang!

Thursday, March 27, 2008

PELAN IMPIAN WARISAN.


Apa sebenarnya Pelan Hybrid Desquera yang menguntungkan anda itu? Pelan tersebut adalah gabungan 2 pelan penting iaitu Pelan Impian Warisan dengan Mother Plan. Dengan gabungan 2 pelan penting itu, peluang untuk meraih pendapatan maksimum terbuka luas. Bahkan anda boleh mencapai taraf jutawan jika melaksanakan dengan penuh kesungguhan, bersistem dan kosisten. Melalui pendapatan tersebut anda boleh mencapai impian anda dan sudah tentu pencapaian iu boleh diwarisi oleh keluarga anda.

Apa yang anda dapat?
Dari gabungan 2 jenis bonus tersebut, bonus atau pendapatan anda dikira secara harian, dibayar secara mingguan. bukan setakat itu sahaja, dengan gabungan 2 jenis bonus tersebut juga anda akan memperolehi Bonus Bulanan dan Tahunan.

Mengapa?
Salah satu sebab adalah untuk modal anda mengusahakan. Saban hari anda memerlukan modal untuk bergerak menjayakan bisnes Desquera, jadi dengan pembayaran bonus setipa minggu adalh memudahkan anda. Ia meringankan masalah modal. Sekaligus tidak ada alasan lagi untuk tidak mengusahakan bisnes Desquera. Segala kemudahan telah tersedia. Apa lagi yang ditunggu?

Bonus Harian Mingguan Bulanan Tahunan yang semakin popular.
Mari kita lihat dan buktikan sendiri mengapa Pelan Impian Warisan HMBT ini semakin popular dan menjadi sebut-sebutan:
-Bonus dikira setiap Hari dan dimasukan ke dalam akaun seminggu sekali, setiap hari Isnin.
-Pelan M:(Performance Bonus, Introducer Mastercard Bonus, Global Universal CTO Bonus)
-Bonus diperoleh setiap minggu dan boleh digunakan serta merta, tanpa perlu menunggu selama sebulan.
-Pelan B:(Consumer Bonus, Enterpreneur Bonus (Infinity network Bonus, E-Stokis Bonus, Loyalty Programme Bonus Desq Impian Mastercard)
-Bonus diperoleh sebulan sekali dan dibayar pada 7 haribulan bulan berikutnya.
-Pelan t:(2.0% CTO Diamond Manager, 2.5% WCTO Royal Crown Diamond Manager(RCDM)
-Bonus khusus untuk usahawan/pemimpin yang mencapai ssaran jualan (ditentukan oleh syarikat). Pembayaran dikira sesudah tutup akaun dan untung bersih di dalam kiraan BV.

Monday, March 24, 2008

ANGKA 3 DAN 4.

Dalam menjayakan Pelan Pemasaran Impian Warisan dan seterusnya mencapai matlamat anda, ingatlah dua angka yang mudah ini iaitu 3 dan 4.Angka 3 dan 4 ada banyak kaitannya dengan Pelan Impian Warisan Desquera.Jika anda melaksanakan apa yang terdapat dalam angka 3 dan 4 ini,peluang anda untuk memperoleh kejayaan di dalam desquera adalah lebih cemerlang. Sebelum melaksanakan apa yang ada di dalam angka 3 dan 4 tersebut,ada beberapa peringatan dalam menjayakan Pelan Pemasaran Impian Warisan.Peringatan ini adalah untuk kebaikan anda juga akhirnya.

-Sentiasa menjaga etika,sepanjang masa selagi masih menjadi ahli Desquera Wordwide Sdn.Bhd
-Jangan sekali-kali melanggar dan mengingkari Akta Jualan Langsung KPDN&HEP.
-Menyampaikan maklumat (lebih-lebih lagi jika ditanya):Lesen AJL Desquera Wordwide SDn Bhd ialah: 913540(2005 hingga 2010).
-Tidak menyembunyikan apa-apa maklumat kepada tajaan di dalam kumpulan.Mesti sentiasa telus.
-Pendapatan/bonus diperolehi dari jumlah penjualan produk,bukan dari kemasukan ahli(penajaan).Kemasukan ahli/penajaan adalah untuk membuna jaringan yang akhirnya untuk menambahkan penjualan.
-Tidak sekali-kali mengetengahkan perkataan'e-dagang' atau'jutawan internet' dan sebagainya seolah-olah sistem online desquera boleh menjadikan jutawan dan dianggap sebagai e-dagang.Sebenarnya,ia hanyalah sistem sokongan atau kemudahan atau alat bantu semata-mata,bukan punca atau landasan untuk menjadi jutawan.
-Tidak sekali-kali menyebut hingga terjadi anggapan bahawa Desquera menyediakan sistem'pelaburan'atau'pelaburan internet' dan sebagainya.
-Tidak sekali-kali menyebut'Tak Payah kerja' 'tak perlu buat apa-apa' 'DDDD(Duduk Diam Dapat Duit)''ADD( Anda Duduk Diam)'dan lain-lain istilah karut.Sebagai warga desquera,anda mesti bekerja untuk mendapatkan bonus.Menjual(termasuk menjual idea) adalah kemestian untuk memperoleh bonus
-Sekali lagi diberitahu,wang banus akan terus dikreditkan kedalam kad prabayar Mastercard anda.
-Tidak ada had penajaan 2,5,10 atau sehingga 12 rangkaian bagi Pengurus Berlian dalam Enterpreneur.
-Tidak ada tempoh had untuk berjaya didalam Desquera.Sentiasa terbuka peluang.
-Pengekalan (maintain)diperlukan sebanyak 150BV setiap bulan untuk melayakkan mendapat bonus dalam MOther Plan (A,B,C)
-Syarat utama untuk mendapat bonus ialah:melakukan jualan di Pelan A dan Mother Plan.
-Istilah jualan ialah:membeli produk untuk kegunaan sendiri atau menjual produk kepada kenalan.Istilah jualan di Desquera ialah:1)Jualan Peribadi (Maintain Bulanan)2)Jualan Kumpulan (jualan yang terjadi didalam kumpulan / jaringan)-Kelayakan untuk mendapat bonus dalam Mother Plan pula adalah dengan membuat pengekalan(maintain) atau jualan peribadi sebanyak 150BV.Caranya :
1)Auto maintain dipotong dari'Reserved Wallet'(Satu lagi pelan keistimewaan pelan pemasaran Impian Warisan)Setelah dipotong anda akan diberi 'Voucher Maintain'.Gunakan untuk membeli produk dari kaunter desquera,sama ada untuk sendiri atau dijual semula.
2)Manual Maintain.Jika masih belum mempunyai pendapatan dan kekurangan wang didalam'Reserved wallet' maka anda boleh melakukan secara manual.-Bagi bonus Enterpreneur Global Plan (EGP) pula jualan anda mestilah RM150.00 atau Rp340.00 bagi melayakkan mendapat bonus bulanan di dalam pelan Unilevel(Member Get Member) dan Pelan Tradisional Sinergiplasindo)
MENGENALI DAN MENDAPATKAN BONUS
-Set Fizikal dan minda anda kesemua bonus telah tersedia.Anda hanya perlu mendapatkannya sahaja,bukan mencarinya.Mendapatkan lebih mudah dari mencari.
-Tentu ada sebab mengapa Desquera sentiasa menjadi pilihan.Selain sistem,pengurusan,produk yang berkualiti,melalui Pelan Pemasaran Impian Warisan.DEsquera menjadi pilihan kerana:
1)Pendaftaran yang rendah : RM38.00 sekali seumur hidup
2)Berpeluang memperolehi pendapatan berterusan dan pembelian sekali sahaja untuk melayakkan mendapat bonus: -Modal RM188 (MM) -Modal RM360(MSP)-Gabungan sistem Haybrid dan tradisional Moden memberikan keuntungan maksimum untuk anda.-Berpeluang menikmati 15 jenis bonus sepanjang tahun:> H (Harian)-2 jenis bonus harian :7 hari seminggu,365 hari X 2 =730 kali > M (Mingguan)-3 jenis bonus mingguan :4 minggu x 3=120 kali setahun > B (Bulanan) -5 jenis bonus bulanan :12 bulan x 5 =60 kali setahun > T (Tahunan) -2 jenis bonus E-Stokis dan E-mobile(E-Mobile & DTCC):24 x setahun > EGP (Enterpreneur Global Plan)-2 jenis bonus :24 x setahun-Berpeluang memperolehi sehingga RM1,000.00 sehari untuk 1 star-Modal untuk menjadi stokis yang begitu rendah dengan pulangan yang tinggi beserta dengan insentif E-Stokis yang menarik-Di Desquera boleh membuat pilihan sama ada mahukan pangkat atau sebaliknya-Jaringan terus kekal kerana tidak menggunakan sistem 'breakaway'-Mengunakan sistem 'Auto Maintain' yang memudahkan-Menggunakan sistem online yang memudahkan :
1)Sistem pendaftaran secara online.Memudahkan dan boleh mendaftar dimana-mana saja asalkan ada internet,24 jam sehari,365 hari setahun bila -bila masa.
2)Mendapat no.ID dan password dalam masa beberapa saat sahaja.
3)Sistem keselamatan yang ketat dan digalakkan menukar password setiap minggu
4)Dapat melihat perkembangan bisnes,hirarki dan jaringan pada bila-bila msa.
5)Memeriksa jumlah bonus pada bila-bila masa dimana sahaja.
-Berpeluang membuka pasaran diluar negara kerana Desquera akan meneroka pasaran luar dan berkerjasama dengan syarikat-syarikat MLM yang telah kukuh diluar negara seperti Indonesia,Singapura,Thailand,Brunei,China,Jepun,Korea,Afrika,United Kingdom,Australia,New Zealand.
ANGKA 3 & 4
-Selepas mengenali peringatan yang menguntungkan anda sampailah masanya anda mengenali satu lagi perkara yang menguntungkan anda.-Apa sebenarnya angka 3 & 4 dan apa kaitannya dengan Pelan Impian Warisan Desquera yang semakin terkenal itu. > Menaja 3 orang dalam masa 30 hari.Setiap 10 hari,taja hanya 1 orang sahaja. > Laksanakan 4 langkah untuk menjayakan Pelan Impian Warisan Desquera.
-Jika anda melaksanakan 2 langkah itu,anda sebenarnya sudah bersedia untuk mencapai matlamat Impian Warisan anda.-Melaksanakan 4 langkah tersebut ada 2 pilihan pula :1)PILIHAN BISNES :
> Modal sebanyak RM188 (MM),RM360 (MSP)
> Menaja 3 orang dalam masa 30 hari
> Penggandaan / Duplikasi = Tajaan anda melakukan perkara
yang sama seperti anda (keluarkan modal dan menaja 3 orang
dalam masa 30hari)
> Lihat hasilnya-Potensi pendapatan anda (bukan pendapatan sebenar,hanya potensi sahaja)adalah RM574,776.00 dalam masa 11 bulan sahaja!Ini belum lagi pendapatan dari bonus Enterprenur Global Plan (EGP),HMBT,Loyalty Plan Mastercard,pendapatan tanpa henti HMBT (Harian,Mingguan,Bulanan,Tahunan)
2)PILIHAN KONSUMER:
> Bermodalkan RM360 untuk beli produk Desquera
> Menaja 3 orang dalam masa 30 hari
> Penggandaan Duplikasi = Tajaan anda melakukan perkara yang
sama seperti anda(keluarkan modal RM360 dan menaja 3 orang
dalam masa 30 hari.
> Untuk mendapatkan Bonus Konsumer,perlu
mengekalkan pembelian bulanan sebanyak RM100(50BV)-Potensi pendapatan anda (bukan pendapatan sebenar hanya potensi shj) adalah RM117,882.00 dalam masa 10 bulan sahaja.
Mutiara Kata1) Jika anda bersedia untuk gagal.anda pasti tidak akan gagal.
2) Hanya ada satu rahsia untuk maju ke hadapan iaitu memulakan langkah.
3) Tiada seorangpun yang boleh memandang rendah kepada diri anda tanpa kebenaran anda sendiri.
4) Kehebatan sebenar ialah bila anda boleh melakukan apa yang orang kata anda tidak boleh.
5) Mereka yang tiada daya untuk mengambil dan menghadapi risiko,tidak akan mendapat apa-apa dalam kehidupan.

Tuesday, March 18, 2008

Taklimat Online

News Updated!

New!Taklimat Di Kajang

Prescott Metro InnGround Floor,Wisma Metro,
Jln Semenyih43000 Kajang,Selangor
22/03/2008 (Sabtu Malam Ahad)
9.00 Malam
Maklumat lanjut Tel:
Hj Bakar 016-6268270

New!Kursus 'Bagaimana Nak Jadi Juara'

Tempat:Hotel Seri Malaysia Mersing JohorPTD641,
Jln Ismail , 86800Mersing, Johor
Tarikh: 12-13 April 2008

Bayaran:RM85 (Ahli)RM100 (Bukan Ahli)
*bayaran termasuk tempat tinggal dan makan
Terhad kepada 30 peserta sahaja,
Tarikh tutup pendaftaran pada 31 March 2008
Untuk pendaftaran, sila hubungi
En. Azhar: 019-7043707

Untuk maklumat lanjut sila layari:
http://www.infokerja4u.com

Sunday, March 16, 2008

KERJASAMA YANG MENGUNTUNGKAN PART 2


Kerjasama Desquera di luar negara.

Dari masa kesemasa Desquera akan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat MLM di luar negara. Jalinan kerjasama ini akhirnya menguntungkan anda, membolehkan anda bukan sahaja menaja di dalam negara bahkan di luar negara.

Buat permulaan, Desquera telah menjalinkan kerjasama(M.o.u) dengan syarikat MLM dari Indonesia.PT Sinergiplasindo Dinamika,sebuah Syariakat MLM yang maju dan telah lama beroperasi pada 23 Oktober 2007.

Antara kandungan M.O.U adalah;
1. Bersetuju dan sefahaman dalam pelaksanaan Enterpreneur Global Plan (EGP) dan Pelan Impian Warisan HBMT.
2. Bersetuju untuk menggunakan sistem online yang sama di Malaysia dan Indonesia.
3. Bersama memasarkan produk S'Detox dan Trace Mineral di Malaysia dan Indonesia.
4. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan sistem hirarki Malaysia dan Indonesia dalam hirarki yang sama.
5. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan pelan C.T.O (Company Turn Over) Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia dalam satu hirarki.
6. Penambahan Pelan D'Senergi;Enterpreneur Global Plan (EGP).
7. Kerjasama dalam sistem pembayaran bonus Cash Watlet.
8. Bekerjasama dalam latihan dan seminar bersepadu dan persamaan kandungan seminar dan latihan.
9. Kerjasama dan pertukaran pemimpin MLM Malaysia dan Indonesia.

Thursday, March 6, 2008

KERJASAMA YANG MENGUNTUNGKAN.part 1

Kerjasama memang menguntungkan. Lihat sahaja mereka yang enggan bekerjasama sentiasa mengalami kerugian yang berpanjangan. Untuk jangka pendek dan jangka panjang kerjasama adalah menguntungkan. Sesuai dengan maknanya bekerja bersama, kejayaan bersama.
Peluangnya lebih besar jika bekerjasama. Peratus kejayaan lebih besar jika bekerjasama. Oleh kerana kejayaan yang diperolehi itu besar, maka pembahagian kejayaan bersama rakan kerjasama juga besar.

Sebaliknya, jika bekerja sendirian tanpa kerjasama, kecil sahaja perolehan. Ini boleh anda buktikan sendiri.

Setiap kali melaksanakan semua elemen penting yang membawa kepada matlamat/impian anda, maka fikirkan;
- Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan saya. Jika anda menumpukan kepada kerjasama, pasti usaha anda akan terarah kepada kerjasama. Fikirkan kerjasama andaakan memperolehi kejayaan yang lebih besar. Jangan sesekali menghalakan pemikiran anda kearah tamak, bolot, semua hendak dilakukan sendiri. Anda akan gagal jika semua dibuat sendiri.
- Fikirkan keuntungan besar jika bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.
- Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.
- Cari apa yang menghalang kerjasama dan kemudian cari jalan supaya halangan itu boleh dihapuskan. Biasanya yang menghalang ialah sikap, sama ada sikap diri sendiri atau sikap penaja dan tajaan dalam kumpulan.

Kerjasama dengan Desquera.

Kerjasama bukan sahaja dengan penaja/tajaan, bahkan kerjasama dengan Desquera yang menyediakan landasan untuk mencapai impian/matlamat melalui Pelan Pemasaran Impian warisan.

Cara bekerjasama dengan dengan Desquera adalah mudah;
- Menghadiri setiap kursus dan seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh Desquera. Akhirnya, ilmu yang diperolehi dari seminar dan kursus itu adalah untuk kemajuan warga Desquera sendiri.
- Memberikan cadangan bernas untuk kemajuan bersama.
- Mengkhabarkan kebaikan dan kelebihan Desquera kepada umum. Apa sahaja kebaikan untuk Desquera, akhirnya kebaikan tersebut akan kembali kepada anda.
- Berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang. Apa-apa kejayaan untuk Desquera, akhirnya kebaikan itu adalah untuk anda.
- Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan Desquera.

Saturday, March 1, 2008

CARA PALING ASAS MENAJA (PART3)

CARA PALING ASAS MENAJA (PART3)

Teknik Modeling
-Teknik modeling ini ialah teknik'meniru dengan cara yang tepat'.Caranya sangat mudah anda hanya perlu membuang ego dan sanggup belajar menaja dengan mengunakan teknik yang dijamin mendatangkan kejayaan cara-caranya ialah:
1-Cari salah seorang penaja atau upline anda yang memang pandai menaja tanpa menggunakan desakan dan sentiasa menghasilkan 'sign heart'.
2-Temui beliau dan beritahu bahawa anda hendak belajar menaja dengan berkesan.
3-Dapatkan persetujuan beliau untuk mengikut menaja sebanyak 6 kali.
4-Mula-mula pada 3 kali pertama, anda melihat mendengar cara tajaan anda menaja. Anda melihat dan mendengar sambil belajar.
5-Pada 3 kali berikutnya anda pula yang menaja,sama 100 peratus seperti yang dipelajari dari penaja anda. Sama seperti anda penaja anda hendaklah diam dan memerhatikan sahaja.
6-Melakukan post morteum. Dengan rela hati anda mendengar penaja anda membentangkan kekuatan dan kesilapan anda dalam menaja.
7-Sesudah mempelajari kesilapan kekuatan anda maka langkah seterusnya ialah berdikari, melaksanakan apa yang telah anda pelajari secara teori dan praktikal.

Pembuka Kata Paling Mudah
-Pembuka kata yang terbaik ialah pembuka kata yang 'tidak tepat' (indirect). Pembuka kata jenis ini ialah paling tinggi peratusan kejayaannya.Dalam masa yang sama boleh menghasilkan bakal tajaan(lead) :
1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat..."
2-"Apa yang sahabat-sahabat anda tahu tentang..."

-Untuk memperkenalkan produk:
1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat untuk berhenti merokok?"
2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang produk S'Detox keluarga Desquera?"

-Untuk memperkenalkan Pelan Pemasaran Impian Warisan:
1-"Ada tak kenal seiapa yang berminat untuk turut serta dalam Kempen Memiliki Harta"?
2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang Kempen Bebas Hutang anjuran Desquera?"

-mudah sekali kedua-duanya disuarakan secara indirect,kita meminta tolong:
1-Kenalan-Kalau tak ada kenalan yang berminat tak mengapa ucapkan terima kasih.Kita mengajak kenalan beliau bukan beliau.
2-Kita meminta tolong untuk memperkenalkan kepada kenalan beliau. Kalau beliau tak mahu menolong tak mengapa ucapkan terima kasih.
-Bila anda menanyakan soalan diatas pasti jawapan yang diterima dari bakal tajaan positif iaitu:
1-"Ada apa?"
2-"Mengapa?"

-Tahukah anda telah menimbulkan sikap cemburu dan minat serta sikap ingin tahu kepada yang ditanya.Jadi sebaiknya anda jawab dengan hormat:
1-"Saya rasa tak sesuai untuk anda..."
2-"Tak tahulah sama ada sesuai tidak..?"
3-"Saya rasa anda tak berminat...?"

-anda mungkin didesak kerana sikap ingin tahu jadi inilah sebenarnya peluang anda untuk menerangkan tentang produk,pelan pemasaran dan Impian Warisan.

Jika Tidak Berjaya Menaja
-Anda bukan tidak berjaya menaja sebaliknya belum berjaya. Jangan anggap anda gagal sebaliknya anda sudah mendapat maklum balas.Ingatlah kata orang lama'"Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak melakukan apa-apa."
-Jika anda telah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal untuk menaja anda hendaklah :
1-Anda hendaklah berehat sebentar tetapi jangan sekali-kali berputus asa. Berehat sambil mempelajari kesilapan dan kelebihan.
2-Atau boleh mengajak datang ke mesyuarat Desquera. Disitu ada penceramah yang akan menolong anda menerangkan dengan jelas tentang syarikat,produk dan pelan pemasaran Impian Warisan.