Selamat Datang!

Tuesday, May 27, 2008

KERJASAMA YANG MENGUNTUNGKAN.part 1

http://www.impianwarisan.com

Kerjasama memang menguntungkan.Lihat sahaja mereka yang enggan bekerjasama sentiasa mengalami kerugian yang berpanjangan. Untuk jangka pendek dan jangka panjang kerjasama adalah menguntungkan. Sesuai dengan maknanya bekerja bersama,kejayaan bersama.
Peluangnya lebih besar jika bekerjasama. Peratus kejayaan lebih besar jika bekerjasama. Oleh kerana kejayaan yang diperolehi itu besar,maka pembahagian kejayaan bersama rakan kerjasam juga besar.
Sebaliknya,jika bekerja sendirian tanpa kerjasama,kecil sahaja perolehannya.ini boleh anda buktikan sendiri.


Fikirkan kerjasama.

Setiap kali melaksanakan semua elemen penting yang membawa kepada matlamat/impian anda,maka fikirkan;
- Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan saya.Jika anda menumpukan kepada kerjasama,pasti usaha anda akan terarah kepada kerjasama.Fikirkan kerjasama andaakan memperolehi kejayaan yang lebih besar.Jangan sesekali menghalakan pemikiran anda kearah tamak,bolot,semua hendak dilakukan sendiri.Anda akan gagal jika semuadibuat sendiri.
- Fikirkan keuntungan besar jika bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.
- Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.
- Cari apa yang menghalang kerjasama dan kemudian cari jalan supaya halangan itu boleh dihapuskan.Biasanya yang menghalang ialah sikap,sama ada sikap diri sendiri atau sikap penaja dan tajaan dalam kumpulan.


Kerjasama dengan Desquera.

Kerjasama bukan sahaja dengan penaja/tajaan,bahkan kerjasama dengan Desquera yang menyediakan landasan untuk mencapai impian/matlamat melalui Pelan Pemasaran Impian warisan.
Cara bekerjasama dengan dengan Desquera adalah mudah;
- Menghadiri setiap kursus dan seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh Desquera.Akhirnya, ilmu yang diperolehi dari seminar dan kursus itu adalah untuk kemajuan warga Desquera sendiri.
- Memberikan cadangan bernas untuk kemajuan bersama.
- Mengkhabarkan kebaikan dan kelebihan Desquera kepada umum.Apa sahaja kebaikan untuk Desquera,akhirnya kebaikan tersebut akan kembali kepada anda.
- Berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.Apa-apa kejayaan untuk Desquera,akhirnya kebaikan itu adalah untuk anda.
- Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan Desquera.

http://www.impianwarisan.com

Friday, May 23, 2008

ANAK POKOK DAH TUMBUH…

http://www.impianwarisan.com

SEBELUM menanam benih ke dalam tanah, banyak sekali persiapan yang perlu diambil serius seperti memastikan kesesuaian tanah, biji benih yang elok, masa yang sesuai dan sebagainya. Sesudah biji benih dimasukkan ke dalam tanah, ia perlu diberi perhatian yang lebih serius. Ia perlu disiram dengan sukatan air dan masa yang tepat. Terlebih atau terkurang air boleh menyebabkan anak benih tersebut tidak bertunas atau jika telah bertunas ia boleh mati.
Hari demi hari, pejam celik, tunas tadi tumbuh berkat kesungguhan menjaganya. Kini, anak pokok tersebut telah berusia setahun dan telah pun melalui masa-masa kritikal. Namun masa kritikal berterusan, tidak selesai di situ sahaja. Dari setahun hendak mengekalkan hayatnya hingga 2 tahun, 3 tahun, 4, 5. Hendak dipertingkatkan penjagaannya hingga anak pokok itu menjadi pokok berakar umbi yang kukuh dan akhirnya dapat mengeluarkan hasil yang ditunggutunggu.
Perumpamaan itu saya ibaratkan
DESQUERA.Pejam celik, DESQUERA sudah nak masuk ke tahun
ke 2. Masa-masa kritikal sudah hampir ditinggalkan, memasuki fasa penjagaan serius.Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri -- bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10 tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan. Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih.
Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkan”
DESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya.Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu
hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.



Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD


http://www.impianwarisan.com

Saturday, May 10, 2008

Berita Terkini

Berita Terkini

Desquera Worldwide di Harian Metro. Klik di sini


Saksikan Majlis Malam Gilang Gemilang Desquera, yang di rasmikan oleh Dato' Noh Hj Omar, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi klik di sini

Hot!
Seramai 51 orang telah menerima kereta (terdiri dari Mercedes Benz, BMW, Toyota, Nissan, Perodua Viva, Proton) klik di sini

Monday, May 5, 2008

DUNIA DESQUERA

DUNIA MLM di Malaysia nampaknya kini semakin berwarna-warni, semakin mantap dengan kemunculan DESQUERA sejak Januari 2002. Sejak kelahirannya, syarikat MLM yang “muda”ini sudah mampu bersaing seiringan dengan syarikat syarikat MLM yang sudah “dewasa.”

DESQUERA bukan hendak bertanding sebaliknya hanya ingin berkongsi pasaran industri jualan langsung yang begitu pesat berkembang di Malaysia. DESQUERA juga berhasrat untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.Sebagaimana lazimnya, industri yang maju dan pesat pasti agak sengit persaingannya. DESQUERA berhasrat meletakkan diri untuk turut sama bersaing secara sihat di dalam industri MLM ini. DESQUERA percaya dalam masa terdekat ini akan berada sebaris dengan syarikat syarikat MLM yang terawal.Melalui pengalaman peneraju-peneraju DESQUERA, kini syarikat MLM “muda, bertenaga, kreatif” ini sudah bersedia untuk turut sama mencorakkan industri MLM di Malaysia, Nusantara dan dunia.
MUTIARA KATA:
Kualiti adalah seperti masa.
Ia percuma dan akan kekal percuma.
Tetapi begitulah selalunya, sesuatu yang percuma memang kurang atau tidak dihargai.