Selamat Datang!

Saturday, June 28, 2008

BUKAN KOPI BIASA

http://www.impianwarisan.com

TIDAK pasti kopi manakah yang akan dibeli kerana ada berbagai-bagai adunan kopi di pasaran?Sesuaikah ia untuk anda? Apa kandungannya? Yang penting, apa khasiatnya?Memperkenalkan Kopi Guarana keluaran DESQUERA. Bukan sekadar kopi biasa. Rasanya memikat penggemar kopi; bukan penggemar pula terpikat dengan rasa, aroma yang begitu harum menyegarkan! Khasiatnya? Kopi ini mengandungi khasiat Guarana, buah yang berkurun tumbuh liar di Amazon. Banyak khasiat khusus dalam kopi ini. Jadi, anda bukan sahaja mendapat kopi yang sedap, enak, menyegarkan dalam aroma yang menggiurkan bahkan anda meminum kopi berkhasiat tinggi. Tepatlah -- bukan kopi biasa. Secara tiba-tiba, Kopi Guarana ini mendapat sambutan yang begitu mendadak. Tentu ada sebab mengapa kopi ini kini menjadi sebut-sebutan.

MEMPERKENALKAN produk ini adalah mudah kerana rata-rata penduduk Malaysia adalah penggemar kopi. Bawa sekotak Kopi Guarana ke mana sahaja, terutamanya bila minum di kedai kopi. Minta hanya air panas dan bancuhlah kopi Guarana di hadapan rakan-rakan.Letakkan kotak di atas meja.Aroma dari Kopi Guarana tersebut menimbulkan tanda tanya. Jangan lupa juga memperkenalkan Kopi Guarana kepada pekedai di tempat anda minum itu.

Antara khasiat Kopi Guarana:
>> Menyegarkan
>> Menambah Tenaga
>> Mempercepatkan Proses Berfikir
>> Menahan Selera
>> Mengindarkan Kelesuan

http://www.impianwarisan.com

Saturday, June 21, 2008

BUAT ? BUAT APA?

http://www.impianwarisan.com

SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, “Buat apa sekarang?”atau “Masih buat X?” Pertanyaan itu seolah-olah mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah, atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula terdengar pertanyaan, “Masih jadi doktor?” atau “Doktor apa sekarang? Doktor ayam?”

Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, “Masih buat syarikat X?” atau “Masih buat MLM?” Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa? Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara? Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil?

Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain sarkis. Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan ‘pemain sarkis’.

SUMBER >> RAZZI ARMANSUR

Wednesday, June 11, 2008

BEKERJA RAPAT

http://www.impianwarisan.com

DALAM setiap ceramah saya, akan saya memperingatkan diri saya sendiri dan usahawan usahawan DESQUERA supaya bekerja rapat antara penaja dengan tajaan. Penaja dan tajaan adalah ibarat rakan kongsi yang menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Perlu diingat, banyak perniagaan yang maju dengan berkat kerjasama rakan kongsi. Jangan juga lupa, begitu banyak perniagaan yang berkecai kerana rakan kongsi. Memang, perkongsian ada kebaikan dan keburukan. Kita cari kebaikannya dan sentiasa berwaspada dengan keburukan yang ada bersama kebaikan.
Dengan itu jangan sekali-kali menganggap penaja dan tajaan sebagai “orang bawah, orang atas”. Anggap sebagai rakan kongsi yang bersama sama mencorakkan perniagaan, bekerjasama untuk kejayaan bersama. Selain dari itu, amat penting sekali perasaan saling hormat menghormati untuk mengekalkan keharmonian usahasama rakan kongsi tersebut. Kata bijaksana, “Dua kepala lebih baik dari satu.” Kata-kata ini benar jika ditambah, “hanya jika harmoni.” Tanpa keharmonian tak akan rakan kongsi dapat bekerja rapat sebaliknya boleh mencipta suasana permusuhan.
Dengan harmoni, barulah dapat bekerjasama, bekerja dengan rapat, saling bantu-membantu yang akhirnya menghasilkan kejayaan yang berpanjangan. Bukankah itu tujuan anda menyertai DESQUERA?Saling memerlukan, itulah sebenarnya rahsia untuk harmoni, kerjasama dan kejayaan. Ada perasaan memerlukan kehadiran rakan kongsi anda untuk sama-sama membina kejayaan bersama DESQUERA. Tidak ada kejayaan individu di dunia ini. Anda sentiasa memerlukan manusia lain untuk menjana kejayaan. Anda perlu bekerja rapat dengan rakan kongsi anda.

Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD

http://www.impianwarisan.com

Monday, June 2, 2008

BAGAIMANA MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA

http://www.impianwarisan.com

Benarkah anda menjadi warga DESQUERA tanpa sebarang tujuan dan matlamat? Tidak benar sama sekali. Anda menyertai DESQUERA bersebab. Sama ada untuk menjadi pengguna atau usahwan atau kedua-duanya serentak. Sekiranya anda menyertai DESQUERA sebagai usahawan, tentu anda mempunyai matlamat tersendiri.Bagaimana cara mencapai matlamat tersebut? Apa keperluan untuk mencapainya? Bagaimana cara untuk
mencapai semua faedah-faedah dan peringkat-peringkat di dalam DESQUERA tersedia di dalam buku khas MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA.
Buku kecil ini semestinya dimiliki segera oleh setiap warga DESQUERA yang bercita-cita untuk mencapai semua faedah-faedah besar yang disediakan oleh
DESQUERA. Buku panduan ini lebih kepada perancangan dan cara untuk mencapai apa yang dikehendaki. Ia perlu diisi sendiri oleh warga DESQUERA dan kemudian disemak sejauh mana pencapaian. Menyemak juga dapat mengenal pasti sama ada menjauhi atau mendekati matlamat. Jadi, buku ini membantu anda mencapai matlamat lebih sistematik dan lebih pasti.
Dapatkan buku kecil ini sekarang! Cetakan sangat terhad. Jangan hanya dapat penat sahaja. Usaha anda di dalam DESQUERA adalah utnuk meraih kesemua faedah-faedah besar di dalamnya. Buku kecil ini (hanya setebal 30 mukasurat) dapat mengelakkan anda dari hanya mendapat penat sahaja; berusaha bertahun-tahun di dalam MLM tetapi masih tidak tahu arah dan tujuan yang hendak dicapai. Buku ini boleh diibaratkan peta yang boleh memandu dan menunjuk ke mana arah yang hendak dituju.

http://www.impianwarisan.com